Friday, January 27, 2012

SEPUPU..DENGAN SEPUPU

Salam..

Terbayang sekejap...

Hubungan antara sepupu dengan sepupu..

Apabila diusia kanak-kanak mereka sangat rapat. Bila berjumpe, menjerit, meraung.. Berkejar-kejar.. bila sepupu nak balik, soang lagik menangis..



Tak sabar nak tunggu cuti sekolah, sebab nanti sepupu-sepupu datang. Mana-mana pergi tak berenggang. Kalu buat family trip kenkadang anak-anak bersepah-sepah.. sepupu yang ni nak ikut sepupu yang sana.. Parents akan check, anak2 ada di kereta mana.. Rapatnya sepupu-sepupu..Kalau buat beday party, x yah ajak org luar..sepupu2 yg ada dah menggamatkan...



Apabila meningkat dewasa... sekolah menangah, universiti. Sepupu-sepupu mula berbicara sopan, lelaki perempuan dan ada batasan.. Usik mengusik sudah pun kurang. Kalau ada pun ada sedikit elemen malu, lebih2 lagi berlainan jantina. Sebab mereka bukan lagi mahram. Tapi alangkah baiknyer, dalam menjaga batasan aurat segala, hubungan saudara kekal pada impak yang sama. Tidak mengambil haluan sendiri.


Aidan dan dua pupunya..segan2 tapi umur sama, skolah sama.



Syukur, melihat sepupu Mariam Nafeesa dan Mohammad Aidan. Mereka seperti roti buku, sebuku di mana-mana .. nampak seketul semuanya. 15 org cucu nenek Milah.. Alhamdulillah...



Tetapi sampai bila roti buku ni akan kekal. Kekal ke seperti mana aku dengan sepupu ku sendiri? Yang makin jauh dan renggang atas faktor masa dan kesibukan.... Cabar sepupu-sepupu ini, kekalkan tali saudara mereka hingga mereka dewasa, beranak pinak...

Insya Allah.. Aminn

-Hate Me Or Love Me-

0 yang tetiba rasa nak komen: