Thursday, January 26, 2012

RESTRUCTURE DAN PINDAH!! Change and GET OUT?

Salam..

Alhamdulillah,

Tahun ni di permulaan bulan semua mende2 baik yang berlaku. Pemangkuan jawatan aku telah tamat. Alhamdulillah, pemangkuan jawatan dari segi gred sebelum ini menjadi milik mutlak. Tanggungjawab diberikan perlu direalisasikan.

Seperti kebiasaan, sepanjang 3 tahun berkhidmat, tahun ni aku tak lepas dari terkena impak kesan penstrukturan semula organisasi.


Ada yang hebat sedang direncanakan oleh pihak pengurusan atasan. Itu sudah pasti. Bukan kerja aku untuk amik tahu. Bukan juga kerja anak-anak buah aku untuk amik tahu tentang kenapa.

Alasan ada di peringkat pengarah dan pengurusan tertinggi. Sekian. Nokhtah... Tanya banyak2 pun, bukan mereka nak jawab pun :)

Maka, bila distruktur semula, perpindahan akan berlaku. Telah pun berlaku.


Dari sebelum ini kami duk di view menghadap jalan. Kini duk di view menghadap construction site. Dari dulu boleh bertafakur di ruang kerja sendiri. Kali ni lebih meriah sebab boleh buat kerja berkawan. Dulu kena pegang dua Bahagian, Admin dan Hartanah. Sekarang kembali menerajui Bhg Hartanah sahaja. Memang inilah yang ku pertahankan dari dulu sementara abbilities takde ke arah pentadbiran sangat.


Dan duduk di workstation adalah lebih selesa berbanding di bilik sebenarnyer..Sebab duk kat bilik sensoang sindrom mengantuk sangat kuat menghantui.. ha ha...



Akhirnya, 14 & 15hb yang lepas, Bahagian kami berpindah. Kemas-kemas lagik sekali untuk tempoh setahun duk di Bangunan Baru.. Now, this is my workstation...

Semoga kerja-kerja akan jadi lebih tersusun dan mantap...!!

Terbaekkk~~!!!!


-Hate Me Or Love Me-

0 yang tetiba rasa nak komen: