Friday, January 27, 2012

SEPUPU..DENGAN SEPUPU

Salam..

Terbayang sekejap...

Hubungan antara sepupu dengan sepupu..

Apabila diusia kanak-kanak mereka sangat rapat. Bila berjumpe, menjerit, meraung.. Berkejar-kejar.. bila sepupu nak balik, soang lagik menangis..



Tak sabar nak tunggu cuti sekolah, sebab nanti sepupu-sepupu datang. Mana-mana pergi tak berenggang. Kalu buat family trip kenkadang anak-anak bersepah-sepah.. sepupu yang ni nak ikut sepupu yang sana.. Parents akan check, anak2 ada di kereta mana.. Rapatnya sepupu-sepupu..Kalau buat beday party, x yah ajak org luar..sepupu2 yg ada dah menggamatkan...



Apabila meningkat dewasa... sekolah menangah, universiti. Sepupu-sepupu mula berbicara sopan, lelaki perempuan dan ada batasan.. Usik mengusik sudah pun kurang. Kalau ada pun ada sedikit elemen malu, lebih2 lagi berlainan jantina. Sebab mereka bukan lagi mahram. Tapi alangkah baiknyer, dalam menjaga batasan aurat segala, hubungan saudara kekal pada impak yang sama. Tidak mengambil haluan sendiri.


Aidan dan dua pupunya..segan2 tapi umur sama, skolah sama.



Syukur, melihat sepupu Mariam Nafeesa dan Mohammad Aidan. Mereka seperti roti buku, sebuku di mana-mana .. nampak seketul semuanya. 15 org cucu nenek Milah.. Alhamdulillah...



Tetapi sampai bila roti buku ni akan kekal. Kekal ke seperti mana aku dengan sepupu ku sendiri? Yang makin jauh dan renggang atas faktor masa dan kesibukan.... Cabar sepupu-sepupu ini, kekalkan tali saudara mereka hingga mereka dewasa, beranak pinak...

Insya Allah.. Aminn

-Hate Me Or Love Me-

Thursday, January 26, 2012

RESTRUCTURE DAN PINDAH!! Change and GET OUT?

Salam..

Alhamdulillah,

Tahun ni di permulaan bulan semua mende2 baik yang berlaku. Pemangkuan jawatan aku telah tamat. Alhamdulillah, pemangkuan jawatan dari segi gred sebelum ini menjadi milik mutlak. Tanggungjawab diberikan perlu direalisasikan.

Seperti kebiasaan, sepanjang 3 tahun berkhidmat, tahun ni aku tak lepas dari terkena impak kesan penstrukturan semula organisasi.


Ada yang hebat sedang direncanakan oleh pihak pengurusan atasan. Itu sudah pasti. Bukan kerja aku untuk amik tahu. Bukan juga kerja anak-anak buah aku untuk amik tahu tentang kenapa.

Alasan ada di peringkat pengarah dan pengurusan tertinggi. Sekian. Nokhtah... Tanya banyak2 pun, bukan mereka nak jawab pun :)

Maka, bila distruktur semula, perpindahan akan berlaku. Telah pun berlaku.


Dari sebelum ini kami duk di view menghadap jalan. Kini duk di view menghadap construction site. Dari dulu boleh bertafakur di ruang kerja sendiri. Kali ni lebih meriah sebab boleh buat kerja berkawan. Dulu kena pegang dua Bahagian, Admin dan Hartanah. Sekarang kembali menerajui Bhg Hartanah sahaja. Memang inilah yang ku pertahankan dari dulu sementara abbilities takde ke arah pentadbiran sangat.


Dan duduk di workstation adalah lebih selesa berbanding di bilik sebenarnyer..Sebab duk kat bilik sensoang sindrom mengantuk sangat kuat menghantui.. ha ha...



Akhirnya, 14 & 15hb yang lepas, Bahagian kami berpindah. Kemas-kemas lagik sekali untuk tempoh setahun duk di Bangunan Baru.. Now, this is my workstation...

Semoga kerja-kerja akan jadi lebih tersusun dan mantap...!!

Terbaekkk~~!!!!


-Hate Me Or Love Me-

Wednesday, January 25, 2012

SEKOLAH, KENA POTONG

Salam..

Ubah penampilan,

Mohammad Aidan Zafran di sekolah, ibu bapak pelajar lain, cikgu, sangat cam aidan sebab rambut dia.. The one and only yang berambut panjang depan..Pakai kopiah pun susah..






So...

Kemaskan rambut...!!

Now dah pendek.. sesangattt!!




Hopefully nanti cikgu cam, sebab tag nama pada baju skolah dah hilang...

Hopefully.....

-Hate Me Or Love Me-

Tuesday, January 24, 2012

KEYAKINAN BUDAK UMUR 5 TAHUN

Salam,

Beberapa hari sebelum mula sekolah aidan merayu... dia sangat pasti bkenaan kemahuan dia taknak pergi sekolah. Ini mungkin soal keyakinan. Mama and papa dah bayar yuran separuh, tak sanggup bayar penuh, kut2 kami kalah dengan kehendak dia...





Malam sebelum skolah, beli toys utk redakan perasaan.


Malam sebelum nak sekolah, lagi sekali dia merayu.. siap menangis2 (tapi taklah meraung-raung. Dia menangis diam2.. aku perasan pun masa dah nak tido...sebab tengok badan dia terhengguuk2 .. rupa-rupanya menangis lam diam..

Esoknya, start lah kami suffer.. Nak menyiapkan gi sekolah menangis.. nak pakai baju..menangis.. nak naik kereta.. meraung.. dalam kereta, senyap skejap sebab dah penat kowt.. sampai kat sekolah menangis... Begitulah yang berlaku untuk 2-3 hari pertama, papa kena duk lam kelas, mama kena tunggu sampai skolah habis...

Anehnya, bila balik skolah, lam kereta, dia akan xcited, ckp skolah best..esok nak pergi lagik skolah... katanya lah... tapi excitement dia akan menurun apabila hari dah menjelang petang, malam dah start menangis fasa 1, sebelum esok menangis fasa 2, fasa 3, dan fasa 4 berlaku, sampailah masuk kelas...




Aidan memberontak.. duk lam kelas sorang2 walaupun tgh assembly


Bila mood dia ok, cuba jugak mama n papa tanye.. apa masalah aidan taknak pergi sekolah.. sebab aidan ni ego sikit perwatakannya.. tak suke kondem diri sendiri.. tapi akhirnya hari ke3 baru dia bgtau, dia taknak g skolah sebab takutt... Kalau tak, seblum ni alasan dia cuma 'malasssss' jer.

Maka, tibalah masanya kami bina keyakinan dirinya.. mmg patut kami tunggu dia dulu di sekolah untuk beberapa hari, supaya ketakutannya hilang... at least dapat nampak kaki mama terjulur di sebalik pintu kelas pun dah cukup.. janji dia nak kelibat mama papa ada di sekolah..

Seterusnya minggu ke dua, papa dah start kerja, mama terpaksa amik half day leave, hantar dia di sekolah sampai pintu pagar jer.. bisik kat cikgu bgtau yg mama takbleh tunggu sbb nak g kerja. Hari tu, hari pertama kita bina keyakinan dia..

Balik sekolah, papa ambik.. cikgu kata dia dah pandai bawa diri. Sebelum ni ramai kawan-kawan aku cakap, kalau budak taknak pi sekolah sekurang2 nya 1 - 2 bulan jugak dia akan pulih, tapi Alhamdulillah, dua minggu sahaja aidan dah bina keyakinan. Cuma sekarang ni pergi dan balik masih lagi abang sepupunye hantar sebab tengah cuti sem. Bulan Februari ni dia start naik van, mungkin juga ada sedikit hiccup kat situ..

Apa-apa pun, aku percaya, semua sebab keyakinan.. nak-nak lagi dia anak mama... Doakan ye.. semoga semuanya bjalan lancar...


-Hate Me Or Love Me-

Sunday, December 11, 2011

APPRAISAL WEEK & OMBAK RINDU.. Konflik seyh~~!!



Salam.

Minggu ni minggu appraisal.. minggu bercakap banyak, letih siot..!

Mula2 aku nyer appraisal, lepas tuh anak-anak buah.. Ingat kata2 GMHR.. masa untuk appraisal should be only 30 mins per person.. but, i took bout 2 hrs per person.. menjadikan sehari cuma sempat buat 4 orang, bermula Khamis 8 Disember, Jumaat 9 Disember dan sambung lagi..

Kering mulut membebel siyot,... Penat juge bercakap ni rupenyer...


Sabtu, kerje.. dah 3 hari tak buat apa-apa, sibuk ngan appraisal maka Sabtu menyelesaikan bende dalam tray and deskwork. Dan plan to off somewhere and watching Ombak Rindu.. excited giler nak tengok.. Bermula awal kemunculan cerita ni di cinema, aku dah mula buat pujuk rayu yang dijangka berkesan untuk ajak mr hubby bersama-sama nengok citer ni.. tapi oleh kerana asakan dan pujukan yang tak henti-henti, akhirnya aku akur setelah dia kena darah tinggi melampau selama 2 hari.. huhuhuhu.. Got to find another person la..

Finally Ombak Rindu...



Sangat teruja nak tengok especially when i can find the partner utk sama-sama temankan tengok citer ni.

Location : Bukit Tinggi, which aku tak pernah lagi tengok wayang kat sini.

TGV? Yes.. last aku masuk TGV masa mengandungkan Mohammad Aidan Zafran 4 years ago, Lepas pada tu asyik tengok kat merata tempat such as GSC dan now dah memilih MBO Cinema di Galaxy Ampang. Tengok wayang kat TGV, serius giler mengimbau kenangan nengok wayang ngan pakwe dowh..~~!!Dulu port utama, masa 9-8 tahun dulu di TGV KLCC-Every Saturday.. huhu..

Tempat Duduk ? Giler depan, due to my partner yang dah taknak tunggu untuk show pukul 5.00 because of banyak masalah negara yang perlu diselesaikan..(maybe..?). Nasib baik tengok citer melayu, kalau cite omputih, dah tentu aku tengok wayang cam tengok F1 live kat Sepang.. kepala toleh kiri ke kanan nak baca subtittle..


Tempat duduk depan je yang ada untuk show pukul 3.00, view tsangatlah tak cantik, dahlah depan tepi plak tuh so have to telengkan kepala.. Partner aku tu sakit tengkuk, tapi aku tgk dia keras jer, oklah tu..

Lanemate : Urgh.. Beside me theres two girl / woman / whatsoeva yang mengulas pasal citer, gelak kat tempat yang tak sepatutnya dan cam-cam lagik yang aku rasa agak terganggu.. What a nice lanemate..!! Disamping my partner on my left is keras membatu (tengkuk sakit mungkin, or mungkin dia nak nangishh)

Kacau ganggu lain : Emosi terganggu sebab hubby text bgtau aidan demam 38 celcious, so ada sedikit kerisauan disitu. Lepas tu BBM mesej masuk cam air laju, discussing bout me going to Perlis. Some more, staff call due to kerja, and setkan date for appraisal bagi staff yg belum buat lagi. Ditambah dgn, my niece di Ganu yang sms mintak tolong bantu dsb..

Aku sendiri, penat seyh..mendongak tu.. aku kan menderita backache berpanjangan sebab tulang belakang yang berbentuk S, so duduk mendongak dengan sedikit mereng ke kanan amatlah tidak bagus untuk tempoh 2 jam lebeyh..Ditambah pula dengan rasa lapar yang tersangat, perut dah menyucuk2 dan angin dah naik ke dada.. Dan rasa sungguh tak selesa.

The conclusion : Bukan cerita Ombak Rindu yang tak best, tapi mungkin faktor2 diatas yang buat dia tak best. Aku pembaca Novel Ombak Rindu ni pada beberapa tahun yang lepas, so patutnya aku suka citer ni, nak lagi Aaron Aziz ada but...hmmm (reserve the comments because i think i need to watch it again @ rite time, rite place, nice seat, with selected lanemate and maybe without bringing Hphone!! )

Mungkin cite ni best sebnarnyer, sebab partner aku kata dia layan.....hmmmm?? pelik..~~!!! Selamat untuknya...TQ

Sampai kat rumah, member bawak rambutan ngan durian, tengah lapar, belasah durian ngan teh o.. perghh gasss abihs perut.. tak tentu arah, badan jadi panas.. lepak luar rumah ngan hubby dan membernya serta member aku, tengok bulan...Gerhana Bulan.



Hari ni penat.. kesan lapar masih tak hilang..!! Camne ni? Esok kena makan, Birthday Party Kecil-kecilan - celebrate with cousins sahaja will be held tomorrow @ Teratak Mak Milah, Ampang... Happy Birthday My Daughter - Mariam Nafeesa binti Mohd Nazri. - Baru masuk 8 years.




-Hate Me Or Love Me-

Sunday, December 4, 2011

UPDATE RUMAH @ LANGAT..


Salam..

umah tak siap-siap lagik beb...

Takpe.... tak urgent... Tapi barang-barang umah sume dah beli..

Sofa, katil, lampu-lampu dah pasang..

Cuma tinggal cat jer.. pastu tile kat bilik air..

Sebab pe masih terbengkalai ni?

Sebab elektrik tak masuk lagik lerrr.......aduhaiii...susah betul nak masukkan letrik ayoyoyo..Ravi...

Deposit cabinet dapo pun dah bayar.. cuma tunggu duit habiskan bayo and pasang...

Sungguh tak sabar rasanya...nak dapat duit, n ada sedikit penambahan here and there especially bhg dapur dan verandah atas yang besar tu ingatnya nak pasang bumbung...


Jadi ni lah xtvt anak-anak kalau g ke langat... Feesa teruja dan suka betul mandi kolam di umah cik tan nyer.. (bakal jiran sebelah) nak plak ada favourite cousins dia, ali and nabila... masa ni adik dia si aidan pun dia dah tak hirau dah...Seb baik adiknya jenis penakut sangat..takut men air tanpa mama... actually g jalan mana2 tanpa mama pun dia tak nak....




Dulu masa mula-mula buat umah, lot belakang umah aku tu masih semak samun. Now mereka dah bangunkan buat resort cam Lembah Azwen jugek..dan sekang mereka punya pembangunan dah siap.. so bila umah aku siap nanti, Insya Allah meriah...





Kalau pi langat, tak sah kalau tak tengok kolam ikan.. Ini kolam ipar-duai yang punya..ada dua kolam, dan ada lebih kurang puluh ribu ikan.. baru-baru ni kitoang dah rasmikan ikan-ikan tuh bakar buat bbq... sangat best...



Tak sabar nak duduk umah ni, tunggu dapat duit umah Apartment Sri Hijauan yang dijual barulah boleh buat proper with landscape and whatso ever.. time tu mula lah gelabah sebab dah kena berdikari dengan keluarga sendiri. Sebelum ni asyik duk bawah ketiak mertua hihihi...

Tak konfiden raser...





-Hate Me Or Love Me-